Saturday, December 21, 2013

masih dalam bayang bayangnya

meski hari demi hari berlalu
tiap saat dan waktu berjalan
tiap jam berdetik..
aku sukar
sukar melupakan
bayangan engkau
meski di dunia kau telah tiada
tiap ketika aku mendoakan engkau
yang terbaik nasihat pernah kau berikan
nasihat kau sama sekali berbeza
dan itu aku syukuri....

hingga kini
genap 3 bulan
tanpa nasihat dan leteran mu
aku masih sentiasa mengingati mu
kepahitan mu pada masa lalu
pedomanku buat masa depan ku

kini seakan hampir sama
bayangan kau muncul sekali lagi
cuma realitinya bukan kau..
....

al fatihah,
moga tuhan mengampunkan dosa2 mu teman..
dan pastinya aku bakal menyusul...


21 disember 2013

Tuesday, October 29, 2013

hidup..
yang menyanggah hati berbicara..
lembut menyimpan rahsia
dalam indahnya penipuan
aib itu tuhan jaga
sedang jika yg benar itu
dia tetap sama 
malah mungkin teruk
sungguh tuhan itu sangat sayang
Allah yang Maha Penyayang
menjaganya
memberi peluang untuknya
sedang dia berulang2 kali membuat dosa
oh betapa tuhan itu sangat sayang padanya
ketika kejahatanya mulai terbongkar
semua tidak mampu menerimanya
apatah lagi memberi peluang padanya
namun...
tuhan tetap menerimanya
mendengar luahan dalam doa
doa rindunya pada tuhan
doa tangis kekesalan
pada siang dan malam
oh tuhan..
sungguh Engkau ada 
di dalam duka ku
mengharap Mu...

create 29 oktober 2013
penyesalan yang berulang

business

assalamualaikum..wah dah lama nya aku xtulis kat blog nie...rindu betul...kali nie aku update skit2 kot sebab dah cuti sem 2..yeay..haha alhamdulilah...okeh..nampak x pic kat atas tue..yg nie shawl jenis kain lycra kalau xsilap..2meter..so sangat sesuai untuk muslimah2..tapi yg nie just ada 30 lebih je dan didatangkan dengan 6 warna sahaja..so sangat limited edition!!..ini hanya permulaan dan lepas nie mungkin boleh jual jubah atau abaya kot?..mungkin lah kalu ada rezeki..shawl ini just rm12 je..grab now..mudah dibentuk dan sangat sesuai digayakn dengan majlis2 yg formal..legant gitu..hehe..one step...

Wednesday, February 6, 2013

hati yang mati seketika

sudah tiada rasa apa dihatinnya
kerana dia yang telah membunuh hati itu,
tidak perlu dikata apa,
sedang ia tahu hati,jiwa dan imannya lemah,
hanya pintannya tuhan itu sentiasa menjagaNya
kerana tanpa Pencipta
sia-sia hidup di dunia..
hatinya hanya mampu hidup semula
andai ada 'pelangi' yang menghidupkannya..
dan jika ini khilafnya
maka dia sendiri harus mengubah..

tabahkan hati dan jiwa..

hati yang menangis,
cuba biarkan berlalu pergi..
agar yang ringan itu mudah dihadapi,
yang berat itu tak terlalu berat baginnya,
sang awan membiru
dan hanya langit
seakan sahabat yang setia
bila melihatnya..
hatinya janji
akan tabah hadapi hidup ini
supaya tak syaitan mudah merasuk yang bukan-bukan
melakukan yang pasti membinasa..
sang biru awan,
engkau yang sentiasa membiru itu
kadang kala tetap kelabu mendung juga...~

Thursday, January 31, 2013

hati yang tiada perasaan,
masih berbunga dan punya kemarahan.
ia tetap manusia.

Tuesday, January 29, 2013

sedih:(

 kesedihan hati dan jiwa,
pasti hanya tuhan pengubatnnya..